Anda di sini

Lelaki maut, dua kenderaan bertembung

Advertisement
 Kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan teruk selepas bertembung di Kampung Safoda Jalan Papar di sini.
HANCUR: Kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan teruk selepas bertembung di Kampung Safoda Jalan Papar di sini.

PAPAR: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Safoda Jalan Papar di sini kelmarin.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Hamdani Harith berkata kejadian jam 10.43 malam itu membabitkan pertembungan dua buah kereta masing-masing kenderaan pacuan empat roda dan van.

“Kemalangan membabitkan tiga mangsa dan pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit.

“Mangsa berumur 49 tahun berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya sambil berkata mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya dua lagi mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Papar dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh pasukan EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan jam 11.17 malam selepas pihak bomba memastikan tiada lagi unsur bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya operasi penyelamatan dilaksanakan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

  • oleh
  • Advertisement