Anda di sini

HONOR 50 - Telefon Pintar Vlog Terbaik! Pra-Tempah Sekarang!

Advertisement

Harga bermula RM1,699, Pra-Tempah untuk Mendapat Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM550! 

KUALA LUMPUR: HONOR 50, Telefon Pintar Vlog Terbaik setakat ini telah dilancarkan dan harganya daripada RM1,699. HONOR 50 akan menyokong Google Mobile Services, memberikan kebiasaan yang sama seperti yang diperlukan peminat. Ia dilengkapi 6 mod rakaman vlog, mod multi-video dan tidak perlu bersusah payah mengedit video.

Kini masa terbaik membeli HONOR 50! Hadiah percuma bernilai sehingga RM250 bagi versi 6GB + 128GB akan diberi kepada peminat manakala bagi pembeli versi 8GB + 256GB akan membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM550. Tempoh pra-tempah mulai sekarang hingga 24 Oktober 2021. 

Pra-Tempah Sekarang: HONOR Store

Harga dan Ketersediaan

HONOR 50 hadir dalam 2 versi, penstoran 6GB RAM + 128GB berharga RM 1,699 dengan dua pilihan warna Midnight Black - boleh didapati dalam talian dan di kedai, serta edisi terhad HONOR Code - hanya boleh didapati di stor dalam talian.

Versi penstoran 8GB RAM + 256GB ditetapkan pada harga RM1,999 dan hadir dengan 3 warna menawan iaitu Frost Crystal, Emerald Green dan Midnight Black, boleh didapati di pelbagai stor dalam talian dan Stor Diiktiraf HONOR seluruh Malaysia.

Pengalaman Vlogging sehenti dengan Kamera Ultra Clear 108MP

HONOR 50 membawakan pengalaman merakam vlog pada satu masa ke tahap baru, dengan kamera 32MP, menjadikan video dan swafoto menjadi sempurna, bertambah seronok apabila membawa rakan-rakan masuk dalam setiap gambar. Kini dengan binaan kamera quad gred tinggi, menyerlahkan lagi kamera utama 108MP dan kamera sudut lebar 8MP, HONOR 50 membolehkan pengguna merakam foto dan video dengan kejelasan ultra dan perincian yang cantik, malah pada waktu malam ketika pencahayaan terhad.

HONOR 50 didatangkan dengan enam Mod Multi-Video yang menghasilkan pengalaman merakam dari pelbagai sudut dan perspektif pada peringkat tertinggi, penghasil konten kini boleh menghasilkan video profesional dengan kualiti audio tinggi, memberikan pengalaman yang mudah dan menyeluruh.

Enam Mod Multi-Video termasuklah rakaman dual-view (depan/belakang) dan Picture-in-Picture yang boleh merakam srentak dengan menggunakan kamera depan dan kamera belakang. Tidak dilupakan Rakaman Fast & Slow Motion yang boleh memilih gerakan pantas 2x atau 4x, atau beralih ke gerakan perlahan 0.5x, hanya dengan satu klik.

Ucapkan selamat tinggal dengan penyuntingan yang membosankan, Mod Multi-Video HONOR 50 boleh menukar antara mod dan kamera pada bila-bila masa, tanpa perlu menghentikan rakaman. Kalau anda ingin menjadikan vlogger atau sedang mencari telefon pintar yang boleh merekod kenangan, HONOR 50 mestilah pilihan terbaik untuk anda. Masa sentiasa berjalan, perasaan tetap sama, memori akan sentiasa berkekal dengan kamera HONOR 50.

Paparan OLED Melengkung 75 darjah yang Mengagumkan untuk Pengalaman Pemandangan yang Lebih Baik

Walaupun harga di bawah RM2000, HONOR 50 tetap dilengkapi dengan paparan  skrin melengkung. Skrin HONOR 50 merupakan skrin OLED 6.57 inci melengkung 75 darjah dengan HD+ Penuh, serta resolusi 2340 X 1080. Peminat boleh menikmati pengalaman bermain game, video atau foto melalui paparan besar dengan warna 1.07 bilion, meliputi 100% DCI-P3 warna gamut. 

Ditambah dengan kadar dinamik pintar yang disegarkan pada 120Hz dan kadar sentuhan pensampelan 300Hz, permainan yang mengasyikkan boleh dialami dengan HONOR 50. Dengan kadar dinamik pintar yang disegarkan, peminat boleh mengubah kadar segar semula berdasarkan aktiviti pada skrin, sekaligus dapat membantu penjimatan kuasa bateri. Selamat untuk mengatakan, menemui keselesaan dalam resolusi besar dan warna crisp memberikan pengalaman lain dari yang lain.

Bateri Tahan Lama Ultra dengan 66W Pengecasan Pantas HONOR

Terima kasih kepada bateri 4300mAh, HONOR 50 memiliki bateri yang tahan lama, ditambah dengan 66W HONOR Wires Pengecasan Pantas - menambah jangka hayat bateri dari sifar hingga 70% dalam 20 minit sahaja, maka anda tidak lagi perlu bimbang tentang kehabisan bateri. Langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan pengecasan selamat, dengan HONOR melaksanakan indentifikasi tiga kali ganda untuk mengesan jika pengecas, bateri dan kabel adalah buatan HONOR, sekaligus mengurangkan kadar kerosakan ketika mengecas. Langkah keselamatan membolehkan peminat menarik nafas lega semasa merasai pengalaman pengecasan laju.

Untuk sebarang kemas kini, layari laman Facebook HONOR Malaysia www.facebook.com/HONORMY dan laman sesawang www.hihonor.com/my/.

Advertisement