Anda di sini

Dua peniaga gagal tentusahkan alat timbang

Advertisement
 Pegawai penguatkuasa KPDNHEP semasa memeriksa salah sebuah premis di Tuaran.
PERIKSA: Pegawai penguatkuasa KPDNHEP semasa memeriksa salah sebuah premis di Tuaran.

TUARAN: Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan terhadap dua peniaga selepas gagal menentusahkan semula alat timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata kedua-dua peniaga terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

Katanya kesalahan berkenaan dikesan semasa dua pasukan dianggotai lapan pegawai penguatkuasa KPDNHEP melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sekitar daerah ini, Kota Belud serta Ranau.

“Selaras dengan peralihan ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Sabah, pasukan penguatkuasa KPDNHEP menjalankan operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) selain pematuhan Akta 342, pemeriksaan bekalan dan harga barangan keperluan asas serta pemeriksaan pelbagai Akta yang di kuatkuasakan mengikut KPDNHEP.

“Hasil pemeriksaan mendapati gerai dan premis perniagaan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti mempamerkan notis penetapan had bilangan pelanggan di dalam premis, penjarakkan fizikal, mengambil suhu badan pelanggan, mengimbas aplikasi MySejahtera, menyediakan buku rekod bagi pelanggan yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera serta menyediakan cecair pembasmi kuman di hadapan pintu masuk premis. 

“Pemilik juga memastikan setiap pekerja mengambil suhu dan rekod kehadiran  menggunakan aplikasi My Sejahtera serta buku rekod semasa bekerja,” katanya.

Beliau berkata sepanjang operasi juga pihaknya memeriksa bekalan barangan keperluan asas yang dijual di gerai dan premis perniagaan yang diperiksa.

“Pemeriksaan mendapati peniaga mempamerkan penandaan harga dengan baik dan alat timbang sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan masih dalam tempoh tentusahan. 

“Pasukan penguatkuasa juga menjalankan pemeriksaan harga kawalan minyak masak sawit tulen yang di bungkus dalam botol mengikut saiz selaras dengan penguatkuasaannya sejak 1 Ogis lalu,” katanya sambil menambah pemilik premis serta peniaga mematuhi harga kawalan yang dikuatkuasakan. 

Georgie berkata pemeriksaan terhadap harga Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 turut dijalankan berikutan penetapan harga maksimum runcit dan borong untuk Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 secara kendiri yang berkuat kuasa pada 5 September lalu.

“Sepanjang pemeriksaan terhadao 38 premis keseluruhan, hanya dua kesalahan membabitkan peniaga yang gagal menentusahkan semula alat timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement