Anda di sini

Tiga lelaki ditahan disyaki curi kayu belian

Advertisement
 Kesemua suspek ditahan untuk tindakan selanjutnya.
SUSPEK: Kesemua suspek ditahan untuk tindakan selanjutnya.

TAWAU: Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan di tiga lokasi berasingan dalam satu operasi berhubung kes curi kayu belian di kawasan Merotai, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata operasi tersebut dilakukan selepas menerima laporan kejadian kes curi kayu belian di kawasan tersebut.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai digerakkan untuk menyiasat kejadian itu.

“Hasil siasatan dan tindakan pantas pasukan polis berjaya menahan kesemua suspek di tiga lokasi berasingan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut, polis turut berjaya merampas sebuah kenderaan dan 11 batang kayu belian dipercayai hasil curi suspek.

“Kesemua suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“IPD Tawau terus agresif dan giat membanteras aktiviti jenayah bagi memastikan kesejahteraan masyarakat di daerah ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement