Anda di sini

Rokok seludup bernilai lebih RM80,000 berjaya dirampas

Advertisement
 Kesemua rokok yang berjaya dirampas dibawa ke Markas PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.
RAMPASAN: Kesemua rokok yang berjaya dirampas dibawa ke Markas PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas rokok seludup bernilai lebih RM80,000 di kawasan Batu 8, di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata kejayaan rampasan tersebut adalah hasil risikan dan maklumat awam yang diterima sebelum ini.

“Anggota PPM menjalankan pemeriksaan di kawasan semak di lokasi tersebut selepas disyaki ia tempat pemunggahan sementara yang digunakan oleh penyeludup.

“Kawasan tersebut dipercayai selalu digunakan penyeludup untuk menyimpan barang seludup bagi mengaburi mata pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, anggota PPM berjaya menemukan beberapa kotak rokok pelbagai jenis dipercayai tidak bercukai dan diseludup masuk dari negara jiran.

“Nilai keseluruhan rokok yang dirampas dianggarkan berjumlah RM82,350 mengikut harga pasaran tempatan.

“Kesemua rokok berkenaan dibawa ke Markas PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Rusdin berharap masyarakat di daerah ini terutamanya yang tinggal di persisir pantai dapat menyalurkan maklumat sekiranya mendapati terdapat kesalahan jenayah di kawasan mereka.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di nombor 0132831197 atau berhubung terus ke Gerakan PPM Sandakan di talian 089-221453,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement