Anda di sini

Empat lelaki melecur akibat bot terbakar

Advertisement
 Kesemua mangsa yang melecur berjaya diselamatkan untuk menerima rawatan lanjut.
SELAMAT: Kesemua mangsa yang melecur berjaya diselamatkan untuk menerima rawatan lanjut.

SANDAKAN: Empat lelaki tempatan cedera melecur selepas bot yang dinaiki terbakar di perairan Pulau Billean, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, kesemua mangsa dikatakan terpaksa berhenti di pulau berkenaan selepas keadaan cuaca hujan lebat.

Bagaimanapun, ketika cuba menghidupkan bot dengan menggunakan teknik ‘jump-start’, bot berkenaan tiba-tiba terbakar menyebabkan kesemua mangsa disambar api.

Menurut kenyataan media Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota Detasmen Bot Sandakan dan Tim Quick Reaction Force (QRF) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan operasi memberikan bantuan kepada kesemua mangsa yang melecur sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan.

“Bot yang terbakar itu terpaksa dilepaskan dan hanyut ke Pulau Tegipil yang terletak berhampiran pulau berkenaan,” katanya.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka mahu menuju ke Kudat untuk urusan perniagaan sangkar ikan.

“Namun, perjalanan mereka tidak dapat diteruskan kerana cuaca hujan lebat, selain mengalami masalah bot dan terpaksa berlindung sementara di jeti Pulau Billean,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement