Anda di sini

Penduduk Kg. Minihas Lohan diminta bersabar

Advertisement
 Penduduk masih menunggu usaha kerajaan bagi membaiki kerosakan jalan.
RUNTUH: Penduduk masih menunggu usaha kerajaan bagi membaiki kerosakan jalan.

RANAU: Penduduk Kg.Minihas Lohan di sini disaran agar bersabar menanti usaha kerajaan memulihkan laluan tebing Sungai Lohan yang  runtuh berikutan banjir berlaku awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Kg. Minihas Sahinin Wasibin berkata, pihaknya  mewakili lebih 500  penduduk merakam penghargaan dan  terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana telah mengambil perhatian tetang perkara itu selepas menerima laporan serta permohonan rasmi berhubung perkara tersebut.

"Kami mengharapkan tindakan segara diambil pihak kerajaan untuk membaiki tebing tersebut.

"Penduduk kampung bimbang keadaan akan bertambah buruk apabila tiba musim tengkujuh yang biasa berlaku bulan November setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun yakin dengan kemampuan kerajaan kini yang sememangnya prihatin dengan masalah dihadapi rakyat.
 

  • oleh
  • Advertisement