Anda di sini

Pemilihan Jawatankuasa STAR bagi lapan bahagian di Pedalaman Atas berjalan lancar

Advertisement
 Robert ketika mengundi pada pemilihan yang diadakan tersebut.
UNDI: Robert ketika mengundi pada pemilihan yang diadakan tersebut.



KENINGAU: Pemilihan Jawatankuasa Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sesi 2020-2023 bagi lapan bahagian di kawasan Pedalaman Atas berjalan dengan lancar.


Bahagian tersebut merangkumi STAR Bahagian Tambunan, Bingkor, Liawan, Melalap, Kemabong, Tulid, Sook dan Nabawan.


Dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) dan norma baharu, pemilihan itu dijalankan dengan masa yang berbeza dan dua tempat yang berlainan iaitu diadakan di Kolam Resort Keningau (KRK) di Kampung Samalang Keningau yang merangkumi Bahagian Tambunan (jam 10 pagi hingga 11.30 pagi), Bahagian Bingkor dan Liawan (jam 11.30 pagi hingga 2 petang).


Manakala bagi pemilihan yang diadakan di Pejabat STAR, rumah kediaman Datuk Ellron Angin di kampung Biah Keningau ialah Bahagian Melalap dan Kemabong (pada jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari), Bahagian Tulid, Sook dan Nabawan (jam 12 tengah hari hingga 4 petang).


Pemilihan itu menyaksikan Timbalan Presiden bagi Bumiputera Bukan Islam (BBI), Datuk Ellron Alfred Angin menang tanpa bertanding.

 
Manakala, Timbalan Presiden Bumiputera Islam (BI) menyaksikan dua penjuru iaitu ditandingi oleh ADUN Bingkor Datuk Robert  Mohd Hasnan Tawik Mansai @ Nordin dan Jalumin Bayogoh.


Bagi Timbalan Presiden kuota Cina, menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu antara Dr. Martin Ho, Fung Len Fui dan Kenny Chua Teck Ho.


Bagi pemilihan jawatan Naib Presiden bagi Bumiputera Bukan Islam menyaksikan lima penjuru.


Manakala Bumiputera Islam menyaksikan tiga penjuru.


Untuk pemilihan Jawatankuasa Ketua Exco Wiramuda ditandingi oleh tiga calon iaitu Jordan Jude Ellron, Kong Soon Choi dan Pransol Tiying.


Bagi Jawatankuasa Exco Wiranita ditandingi tiga penjuru iaitu ADUN Tulid Flovia Ng, Alviana Linus dan Evelyn Gobile.


Pengumuman rasmi keputusan dijangka akan diumumkan pada 21 Oktober ini.


 

  • oleh
  • Advertisement