Anda di sini

Patuhi SOP semasa bersukan dan beriadah

Advertisement
 Robert (tengah) melakukan simbolik bagi menyempurnakan perlawanan Persahabatan Bola Sepak yang disaksikan oleh Annuar (dua kiri) Walter Kenson (kiri).
GIMIK: Robert (tengah) melakukan simbolik bagi menyempurnakan perlawanan Persahabatan Bola Sepak yang disaksikan oleh Annuar (dua kiri) Walter Kenson (kiri).



KENINGAU: Berikutan pembukaan kegiatan serta aktiviti sukan dan rekreasi diharapkan masyarakat negeri ini dapat memanfaatkannya dan terus mengikut garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.


Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, kelonggaran sektor sukan dan rekreasi adalah antara kebenaran yang ditunggu-tunggu oleh setiap masyarakat di negeri ini mahu pun di negara ini.


"Semoga kelonggaran yang diberikan ini dapat memberi kegembiraan kepada setiap lapisan masyarakat. Perkara utama adalah jangan lupa terus mematuhi SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan," jelasnya.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Ketua-Ketua Jabatan Keningau dan Wakil Rakyat bertempat di Kompleks Sukan Keningau, di sini baru-baru ini.


Selain itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, berkenaan kebenaran pembukaan aktiviti tamu, pasar tani, pasar malam, pasar mingguan.


Beliau berharap agar semua peniaga yang terlibat perlu mengambil kesempatan ini dan terus mematuhi SOP bagi mencegah penularan wabak COVID-19.


Tambahannya, kelonggaran kepada hampir semua sektor dan pergerakan juga di negeri ini adalah mengutamakan kepada mereka yang sudah lengkap mengambil dos vaksin COVID-19.


Oleh itu katanya, kepada mereka yang belum menerima vaksin COVID-19 diharapkan dapat tampil menerimanya dengan segera berikutan keadaan negara untuk beralih kepada fasa endemik.


Katanya, usaha tersebut bagi melindungi mereka daripada mengalami kesan lebih buruk akibat jangkitan COVID-19 dan memudahkan pergerakan mereka untuk menjalankan urusan seharian.

  • oleh
  • Advertisement