Anda di sini

497 kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Jumlah kes harian COVID-19 baharu di Sabah jatuh di bawah paras angka 500 hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu yang dicatat hari ini ialah 497 kes.

"Daripada 497 kes, 259 kes berlaku sepanjang 24 jam yang lalu, 208 kes lewat daftar diantara dua sehingga tiga hari.

"28 kes lewat daftar diantara empat sehingga lima hari dan dua kes lewat daftar melebihi lima hari selepas keputusan saringan diketahui," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes-kes yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi pada 33.2 peratus daripada jumlah keseluruhan. 291 kes merupakan kes melalui saringan kontak rapat.

Katanya, keberkesanan vaksin terbukti apabila 473 orang daripada 497 pesakit berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

"Yakni sekadar mengalami simptom ringan atau tidak ada simptom sama sekali walaupun dijangkiti COVID-19.

"Pesakit dalam Kategori 3 cuma empat orang, seorang dalam Kategori 4 dan dua orang dalam Kategori 5. 17 kes lagi masih dalam siasatan lanjut JKNS," katanya.

Masidi berharap mereka yang telah melengkapkan pengambilan vaksin terus mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP). Mereka yang telah lengkap divaksin tidak kebal daripada jangkitan virus berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement