Anda di sini

China juara Piala Uber, raih kejuaraan ke-15

Advertisement
 

AARHUS (Denmark): China merampas kembali gelaran juara Piala Uber daripada Jepun setelah menewaskan juara bertahan 3-1 dalam aksi final yang berlangsung di Ceres Arena, di sini malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia).

Kejayaan yang diraih membolehkan China menjurang trofi berprestij itu buat kali ke-15, selepas sembilan kali meraih gelaran juara pada 1998 hingga 2016 sebelum Jepun merampasnya pada 2018 di Bangkok selepas terkandas di peringkat separuh akhir tunduk kepada Thailand 3-2.

Jepun yang menyasarkan gelaran ketujuh Piala Uber, bermula dengan baik apabila pemain di ranking kelima dunia Akane Yamaguchi menyempurnakan tugasnya menyumbang mata pertama menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo Chen Yu Fei 21-18, 21-10.

Gandingan emas Sukan Olimpik Tokyo Chen Qing Chen-Jia Yi Fan berjaya mengikat kedudukan 1-1 walaupun terpaksa mengharungi perlawanan sengit berlangsung selama hampir dua jam sebelum mengecewakan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 29-27, 15-21, 21-18.

China yang terkenal dengan kehebatan skuad wanitanya kembali berada di hadapan selepas pemain di ranking kesembilan dunia He Bing Jiao menewaskan Sayaka Takahashi 21-9, 2-18 sebelum pasangan Huang Dong Ping-Li Wen Mei mengesahkan mata kemenangan China, menewaskan Misaki Matsutomo-Nami Matsuyama 24-22, 23-21 dalam satu pertarungan sengit. - Bernama 

Advertisement