Anda di sini

Tiga kanak-kanak antara 12 PATI diusir pulang ke negara asal

Advertisement
PATI yang ditangkap dan diusir di Tebedu.
PATI yang ditangkap dan diusir di Tebedu.

KUCHING: Cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI)  masuk ke Sarawak menggunakan laluan tikus berjaya dipatahkan Tentera Darat Malaysia (TDM) Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia.

Markas Divisyen Pertama Infantri dalam kenyataan akhbarnya memberitahu kejadian dilaporkan berlaku di Tebedu, Serian iaitu sekitar jam 5.30 pagi hari ini.

Menurutnya, lima daripada PATI terbabit merupakan lima lelaki berusia 35 hingga 45 tahun, empat wanita berusia 34 hingga 39 tahun dan tiga kanak-kanak lelaki.

"Semasa diperiksa, didapati kesemua mereka (PATI) didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke negeri ini menggunakan jalan yang tidak sah untuk mencari pekerjaan.

"Kesemua PATI terbabit kemudian diusir dan laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tambahnya, TDM akan terus kekal siap siaga dalam mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

"Impak Pandemik wabak Covid-19 menyebabkan kes-kes melibatkan PATI cuba masuk untuk mencari pekerjaan di Sarawak dilihat semakin meningkat.

"Bagaimanapun, TDM sentiasa bersiap sedia, di mana pelbagai kaedah digunakan PATI termasuk cubaan menyelinap masuk diawal pagi juga berjaya digagalkan," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement