Anda di sini

PRN12 boleh diadakan ketika darurat atas persetujuan Agong 

Advertisement
Wan Junaidi (tengah) bercakap pada sidang media selepas pecah tanah Masjid Mutiara Iman Taman Sepakat Jaya 2 di Demak Laut, Kuching hari ini. Turut kelihatan Dr Hazland (kiri) dan Abdul Raof.
Wan Junaidi (tengah) bercakap pada sidang media selepas pecah tanah Masjid Mutiara Iman Taman Sepakat Jaya 2 di Demak Laut, Kuching hari ini. Turut kelihatan Dr Hazland (kiri) dan Abdul Raof.

KUCHING: Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) boleh diadakan ketika darurat atas persetujuan Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

Jelas Wan Junaidi ada dua perkara penting dalam Proklamasi Darurat Sarawak 2021 pertama darurat ini boleh disingkatkan oleh Yang di-Pertuan Agong kalau diperlukan.

“Kedua, pilihan raya boleh diadakan kalau Yang di-Pertuan Agong setuju selepas perbincangan dengan Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri. 

“Persoalan adakah ini boleh berlaku, jangan tanya saya sebab ini adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Bina Baru Masjid Mutiara Iman Taman Sepakat Jaya 2 di Demak Laut dekat sini hari ini. 

Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tamat pada Jun 2021 namun PRN12 ditangguhkan susulan proklamasi darurat sehingga 2 Februari depan. 

Mengenai calon bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, Demak Laut dan Tanjong Datu dalam parlimen Santubong, Wan Junaidi berkata ketiga-tiga penyandang sedia ada masih boleh berkhidmat. 

“Saya belum diberitahu kalau ada pertukaran tetapi pandangan saya ketiga-tiga ahli DUN, Datuk Amar Jamilah Anu (Tanjong Datu), Dr Hazland Hipni (Demak Laut) dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai) masih menerima sokongan ramai,” katanya. 

Mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memulihkan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Wan Junaidi berkata beliau akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat ini. 

Katanya MA63 ini amat penting bagi Sarawak dan Sabah dan sekali beliau Menteri Undang-Undang di peringkat persekutuan beliau akan perjuangkan perkara ini bersama Ketua Menteri secara sistematik dan semangat setia kawan. 

Hadir sama Dr Hazland dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid Mutiara Iman Taman Sepakat Jaya 2 Abdul Raof Enn. 
 

  • oleh
  • Advertisement