Anda di sini

Membina rangka kerja yang berkesan untuk membangunkan tenaga kerja yang berdaya tahan

Advertisement
Newcastle University Medicine Malaysia.

NEWCASTLE University Medicine Malaysia (NUMed) dengan kerjasama dari College of Physicians akan menganjurkan sebuah webinar yang akan memfokuskan kepada kesan masalah kesihatan mental di tempat kerja.
 
Webinar yang bertajuk Forward NUMed: Cultivating A Mentally Resilient Workforce akan menampilkan pakar kesihatan mental dan turut disertai oleh pelbagai persatuan dan komuniti masyarakat
 
Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada para peserta berbincang dan pada masa sama mengumpulkan perspektif yang berbeza dari para pemimpin korporat, profesional, psikologi, dan pakar pendidikan.
 
Tetamu jemputan pengasas AKRAB Resources & Yayasan Health on World (YHOW), Aliyah Karen turut akan menyampaikan topik yang bertajuk Moulding The Future of Workplace Mental Health in Malaysia yang akan memberikan gambaran tentang isu masalah mental di Malaysia dan cara untuk mendapatkan  rawatan, kaunseling serta penjagaan mental.
 
Perbincangan panel jemputan akan menumpukan pada bagaimana organisasi syarikat dapat menolong pekerja dalam menguruskan tekanan dan kegelisahan mereka sekali gus memberikan bantuan  kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental di tempat kerja.
 
Ahli panel jemputan juga juga akan mengkaji bagaimana majikan dapat mengekalkan tenaga kerja yang sihat dan pada masa sama mengurangkan stigma yang menghalang pekerja untuk meminta pertolongan dari pakar.
 
Menurut Ketua Pegawai Operasi NUMed, Premila Nair berkata, webinar ini akan memberikan pandangan yang signifikan mengenai bagaimana organisasi harus menguruskan masalah kesihatan mental kerana pengesanan dan sokongan awal dapat meningkatkan produktiviti pekerja yang lebih tinggi.
 

 


“Melalui webinar ini juga, satu rangka kerja akan disediakan untuk majikan atau ahli korporat bagi membantu mereka mengatasi dan menyelesaikan masalah pekerja atau rakan sekerja yang mungkin memerlukan bantuan kerana masalah kesihatan mental,”
 
“Antara topik lain yang bakal dibincangkan ialah bagaimana pekerja dapat menguruskan tekanan kerja dan membina daya tahan semasa wabak COVID-19,”katanya.
 
Bagi mereka yang ingin menyertai Webinar Forward NUMed: Cultivating A Mentally Resilient Workforce, pendaftaran adalah percuma dan sijil penyertaan akan diberikan.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web https://forwardnumed.newcastle.edu.my/.
 
Info Forward NUMed

Siri webinar Forward NUMed merupakan sebahagian daripada inisiatif universiti dalam menghadapi krisis ekoran dari pandemik COVID-19. 

Melalui siri webinar tersebut akan membentuk satu platform bagi mengumpulkan perspektif dari pelbagai aspek mengenai isu-isu melanda negara dan bagaimana semua lapisan masyarakat dapat memainkan peranan untuk menjalani norma baharu.

Sehingga kini, tiga webinar lain telah diadakan di bawah Forward NUMed, iaitu Charting New Paths to the Next Normal, The Way Forward: Medical Education & Hospital Training in the Post COVID-19 Landscape dan The Way Forward: Vocalising Our Mental Health.
 

Advertisement