Anda di sini

Letupan bom di masjid di Afghanistan, pemimpin dunia perlu segera bertindak

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Afghanistan sekali lagi digegarkan dengan insiden letupan bom di masjid, kali ketiga berlaku pada Oktober dan pemimpin Muslim dunia mesti menyuarakan kebimbangan dan bertindak segera bagi mengelak kejadian itu berulang.

Menurut kenyataan yang memetik Ketua Pegawai Operasi Global Peace Mission (GPM) Malaysia di Kabul, Syahrir Azfar Saleh, insiden yang berlaku semalam (Jumaat) di Kandahar meragut lebih 23 nyawa. 

"Buat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih teruk kita tidak mahu lihat peperangan yang tiada kesudahannya di Afghanistan," menurut kenyataan itu.

Kejadian pertama berlaku pada 3 Oktober 2021 di Masjid Eid Gah di Kabul, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang.

Lima hari kemudian, satu lagi insiden berlaku angkara pengebom bunuh diri, di sebuah masjid di Kunduz ketika warga Afghanistan menunaikan solat Jumaat yang meragut lebih 80 nyawa.

GPM kesal dengan insiden di Kunduz dan mendesak semua pihak terbabit dalam konflik itu sepakat mengadakan rundingan serta mengelak sebarang tindakan yang membahayakan keselamatan dan nyawa rakyat.

Rakyat  Afghanistan sudah cukup menderita akibat pelbagai pergolakan dan wajar diberi ruang untuk kembali meneruskan kehidupan dalam suasana damai dan tenang. - BERNAMA
 

Advertisement