Anda di sini

Jangan ambil kesempatan, naikkan harga tiket penerbangan

Advertisement
DAVID CHAN
DAVID CHAN



KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat menyokong saranan wakil rakyat bebas Datuk Masiung Banah supaya pihak Kementerian Pengangkutan memberi penjelasan tentang isu kenaikan harga tiket penerbangan domestik selepas kebenaran rentas negeri.


Presidennya, David Chan (gambar) berkata syarikat penerbangan perlu menurunkan harga tambang susulan kebenaran rentas negeri.


"Jangan ambil kesempatan diatas kebenaran yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

 
"Rakyat sudah dua tahun tidak dapat bertemu dengan keluarga kerana PKP.


"Ini amat memberi kesan kepada para pelajar dari Sabah yang hendak ke Semenanjung Malaysia, juga bagi kawasan Tawau, Sandakan dan Lahad Datu...isu kenaikkan harga tiket penerbangan domestik tidak sewajarnya berlaku dalam keadaan sekarang," tegas David.


Tambah David lagi, harga tiket penerbangan yang melambung tinggi itu adalah ibarat mengambil kesempatan terhadap kesempitan pengguna.


"Kami sebagai pengguna, sangat menyokong luahan Datuk Masiung.. mengenai harga tambang tiket kapal terbang domestik yang melambung naik.


"Agensi penerbangan sepatutnya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga tambang pada masa ini kerana kebanyakan penumpang adalah mereka yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 
"Ada antara mereka yang kehilangan pekerjaan sejak dua tahun lalu. Mereka juga ingin pulang ke kampung untuk melawat keluarga mereka di kampung," ujar beliau lagi.

  • oleh
  • Advertisement