Anda di sini

11 tahun menunggu projek bina baru Masjid Mutiara Iman 

Advertisement
Wan Junaidi (kiri) melihat pelan projek bina baru Masjid Mutiara Iman Taman Sepakat Jaya 2 di Demak Laut, Kuching. Turut kelihatan Dr Hazland (belakang Wan Junaidi) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid, Abdul Raof En (kanan).
Wan Junaidi (kiri) melihat pelan projek bina baru Masjid Mutiara Iman Taman Sepakat Jaya 2 di Demak Laut, Kuching. Turut kelihatan Dr Hazland (belakang Wan Junaidi) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid, Abdul Raof En (kanan).

KUCHING: Selepas 11 tahun menunggu, projek bina baru Masjid Mutiara Iman Taman Sepakat Jaya 2 di Demak Laut kini hampir menjadi kenyataan dengan berlangsungnya majlis pecah hari ini. 

Majlis pecah tanah disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar merangkap Ahli Parlimen Santubong di tapak projek masjid itu. 

“Tempoh 11 tahun adalah jangka masa yang panjang untuk membina sebuah masjid. 

“Masa masjid ini diluluskan peruntukan daripada kerajan pusat,  saya ada kelulusan tiga surau dan tiga masjid. 

“Tetapi malang bagi kita banyak masalah, pertama contohnya pihak Majlis Islam tidak akan membina masjid atas mana-mana tanah melainkan diwakafkan kepada Majlis Islam. 
 
“Pada 2018, ketika perancangan kita hendak bermula, Kerajaan Pakatan Harapan pula tarik balik peruntukan dan saya hilang tiga surau dan tiga masjid. 

“Saya terus jumpa Ketua Menteri dan akhirnya dilulus satu jumlah untuk masjid ini namun tergendala berikutan COVID-19,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu. 

Mengulas mengenai projek itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni berkata kos pembinaan adalah sebanyak RM4.5 juta. 

Daripada jumlah itu katanya RM2.5 juta merupakan dana Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Wan Junaidi manakala RM2 juta lagi merupakan tambahan dana daripada kerajaan negeri. 

“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri yang telah meluluskan pembinaan tiga masjid tahun ini di Demak Laut termasuk Masjid Mutiara Iman ini. 

“Dua lagi masjid akan dibina di Kampung Goebilt dengan dana RM6 juta dan di Rumar Mesra Rakyat (RMR) Muara Tebas juga dengan dana RM6 juta,” katanya. 

Pada masa akan datang katanya ada beberapa masjid lagi yang akan dibina antaranya di Projek Perumahan Muara Tabuan dan Projek Perumahan Sejingkat. 
 

  • oleh
  • Advertisement