Anda di sini

Tahanan JKDM ditemui mati di lokap

Advertisement
 

TAWAU: Seorang tahanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemui mati dipercayai membunuh diri di lokap sementara di Pejabat Penguatkuasa Kastam, di sini kelamrin.

Mayat lelaki berumur 42 tahun itu ditemui kira-kira jam 2.40 petang oleh petugas JKDM sebelum membuat laporan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.34 petang.

“Sepasukan anggota dan pegawai polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan ke atas mayat tersebut.

“Sebaik tiba, polis mendapati mayat seorang lelaki yang merupakan tahanan JKDM mati dalam keadaan tergantung dipercayai telah membunuh diri,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan awal tiada unsur jenayah, namun siasatan masih dijalankan,”katanya.

  • oleh
  • Advertisement