Anda di sini

Salah guna dadah: Tangkapan meningkat di Sarawak

Advertisement
 Fatimah menunjukkan pemetaan mengikut daerah berdasarkan tangkapan berkaitan penyalahgunaan dadah dan substans di Sarawak selepas mesyuarat di sini.
Fatimah menunjukkan peta mengikut daerah berdasarkan tangkapan berkaitan penyalahgunaan dadah dan substans di Sarawak selepas mesyuarat, hari ini.

KUCHING: Sarawak merekodkan peningkatan sebanyak 3.9 peratus tangkapan berkaitan dengan penyalahgunaan dadah pada September berbanding dengan Ogos 2021.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pada September sebanyak 481 tangkapan direkodkan berbanding 463 tangkapan pada Ogos 2021.

“Sepanjang bulan September 2021, sebanyak 380 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Sisastan Jenayah Narkotik, Jabatan Kastam dan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) Sarawak. 

“Hasil operasi tersebut, sebanyak 481 tangkapan telah direkodkan dengah 37 adalah melibatkan pengedaran; 119 memiliki dadah dan substans; dan 325 adalah individu yang disaring positif urin,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Laporan One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak di sini, hari ini.

Fatimah berkata lagi, melalui operasi tersebut, 66.25 kg dadah dan substans berbentuk mampat dan 38 berbentuk pil telah dirampas oleh JSJN dan Jabatan Kastam dengan anggaran nilai berjumlah RM4.5 Juta. 

Katanya ia merupakan hasil kolaborasi secara bersepadu di kalangan ahli- ahli penguatkuasaan dan bukan penguatkuasaan OSC MIDS Negeri Sarawak, pelbagai impak yang positif sudah dicapai dalam membanteras penyalahgunaan dadah dan substans.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi tempoh September 2021, seramai 1,895 orang direkodkan menjalani rawatan dan pemulihan.

“Daripada jumlah tersebut 121 orang sedang menjalani pemulihan dalam institusi di PUSPEN; 1,859 lagi dalam komuniti (di One Stop Centre for Addiction (OSCA) dan 57 di pusat-pusat pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement