Anda di sini

Bomba bantu bersihkan Tabika Perpaduan Kolopis

Advertisement
 Pasukan bomba semasa menjalankan operasi membantu melaksanakan pembersihan di Tabika Perpaduan Kolopis di sini.
BERSIH: Pasukan bomba semasa menjalankan operasi membantu melaksanakan pembersihan di Tabika Perpaduan Kolopis di sini.
 Pasukan bomba dan warga sekolah merakamkan gambar kenangan selepas aktiviti pembersihan pasca banjir.
KENANGAN: Pasukan bomba dan warga sekolah merakamkan gambar kenangan selepas aktiviti pembersihan pasca banjir.

PENAMPANG: Pasukan bomba menjalankan operasi membantu melaksanakan pembersihan di Tabika Perpaduan Kolopis di sini semalam.

Pegawai Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Elvin Kioh berkata operasi pembersihan pasca banjir dilaksanakan 10 anggota keseluruhan.

“Kejadian hujan lebat serta ribut petir menyebabkan banjir kilat membawa lumpur sehingga menjejaskan Tabika Perpaduan Kolopis. 

“Kita menjalankan bantuan pembersihan yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi disertai empat anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Penampang bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Penampang, sukarelawan PBS Moyog serta guru dan pelajar Tabika Perpaduan Kolopis,” katanya.

Tambahnya semua pihak memberikan bantuan sewajarnya dan meringankan sedikit sebanyak beban warga sekolah dalam menangani masalah disebabkan bencana alam.

  • oleh
  • Advertisement