Anda di sini

Ambil bahagian dalam mesyuarat UMNO cawangan, kata Bung

Advertisement
BUNG
BUNG

KOTA KINABALU: Mesyuarat UMNO cawangan-cawangan yang bermula 15 Oktober 2021 adalah peluang kepada seluruh kepimpinan dan ahli akar umbi untuk lebih bersemangat ke arah berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, mesyuarat UMNO cawangan menjadi tumpuan ahli diperingkat akar umbi untuk hadir dengan penuh semangat bagi memperbaiki parti dan meneruskan perjuangan demi  agama, bangsa serta negara.

“Kekuatan UMNO itu secara keseluruhannya bermula dari akar umbi...selepas kita laksanakan mesyuarat cawangan, segala isu yang dibangkitkan akan dibawa ke peringkat bahagian dan fokus kita pada bahagian sangat penting agar strategi terbaik dapat diangkat.

"Walaupun persidangan ini berjalan dalam keadaan negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19, ianya bukan penghalang untuk ahli parti meneruskan agenda perjuangan parti.

"Selain pematuhan terhadap SOP yang ditetapkan, laksanakan mesyuarat dengan penuh semangat, berdispilin dan sentiasa menjaga imej parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena mesyuarat perwakilan cawangan-cawangan UMNO yang akan berlangsung di seluruh negara bermula 15 Oktober dan berakhir pada 30 November depan.

Bung berkata, ahli UMNO di peringkat akar umbi perlu terus membina kekuatan keseluruhan jenteranya.

“Saya harap kepimpinan UMNO baik diperingkat cawangan dan bahagian perlu  menekankan kerja berpasukan dalam memimpin UMNO ke arah kecemerlangan," katanya.

Katanya, peranan berpasukan sangat penting untuk gerak kerja dan strategi yang dirancang antara pucuk pimpinan bahagian bersama akar umbi baik diperingkat Parlimen mahu pun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita ketepikan dulu soal jawatan dalam bahagian atau soal calon pada PRU akan datang, yang penting kita perkemaskan jentera parti bagi menjamin kemenangan ketika berhadapan PRU nanti,"katanya.

Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan mengingatkan ketua-ketua cawangan UMNO agar mengenal pasti ahli-ahli mereka yang masih berdaftar diperingkat cawangan .
 

  • oleh
  • Advertisement