Anda di sini

15 kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan pada 14 Oktober 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tiga kes di Lahad Datu, dua kes di Kota Kinabalu dan Kota Marudu.

"Manakala Beaufort, Keningau, Kota Belud, Nabawan, Penampang, Sandakan, Tenom dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

"Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata bilangan pesakit COVID-19 sembuh pada hari yang sama ialah 656 menjadikan jumlah kumulatif 195,674 orang.

Katanya, 2,389 pesakit masih sedang menerima rawatan iaitu 945 orang di hospital, 1,436 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lima orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara dan tiga orang di fasiliti swasta.

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 121 orang merangkumi 108 di Unit Rawatan Rapi, serta 13 di open ward.

"41 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. Bilangan pesakit ditahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 170," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement