Anda di sini

144 pelajar SMK Pinawantai terima peranti digital

Advertisement
 Julita (tiga kiri) menyerahkan sumbangan peranti digital kepada seorang pelajar.
SERAH: Julita (tiga kiri) menyerahkan sumbangan peranti digital kepada seorang pelajar.

KUDAT: Seramai 144 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Pinawantai, Matunggong menerima sumbangan peranti digital.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Majungki berkata, mereka menerima sumbangan berkenaan menerusi Inisiatif Tabung Cerdik (CERDIK) negara.

"Saya berharap para penerima memanfaatkan kemudahan yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan Majlis Penyerahan Peranti Digital, di sini, kelmarin.

Beliau yakin selain pihak yang berkaitan dengan pendidikan, badan swasta dan korporat juga mempunyai tanggungjawab sosial serta memberikan sokongan penuh kepada pihak sekolah dalam menentukan kecemerlangan pelajar.

“Saya amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr. Maximus atas pemakluman mengenai inisiatif ini serta sekolah-sekolah yang terlibat. 

"Sebanyak 302 peranti dibawah CERDIK telah diberi ke kawasan Matunggong. Selain SMK Pinawantai, SMK Sikuati juga turut menerima sumbangan itu", katanya.
 
Dalam majlis yang sama, Julita turut melancarkan pemberian sim kad sumbangan ALTEL Holdings kepada pelajar SMK Pinawantai. Ia memberikan pelajar kemudahan internet 1GB sehari selama setahun.

Beliau juga mengingatkan pelajar agar manfaatkan kemudahan yang diberikan sepenuhnya. Semoga berjaya dalam menduduki peperiksaan akan datang.

  • oleh
  • Advertisement