Anda di sini

Pengeluaran hasil pertanian, makanan tidak terjejas

Advertisement
Dr Jack (tiga kiri) menerima cenderahati daripada Fasiah tanda simbolik penyerahan MAFI Prihatin disaksikan oleh Abdul Ja'afar (dua kiri)
Dr Jack (tiga kiri) menerima cenderahati daripada Fasiah tanda simbolik penyerahan MAFI Prihatin disaksikan oleh Abdul Ja'afar (dua kiri)

MIRI: Penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara tidak menjejaskan pengeluaran hasil pertanian dan makanan sebaliknya meningkatkan permintaan khasnya  pembelian secara dalam talian. 

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Malaysia Dato Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, pembelian secara digital dari penduduk meminta pengeluar makanan termasuk petani menambah hasil pengeluaran produk mereka. 

"Masalah pertanian ni, kita tidak terjejas. Kerana masalah makanan dan juga hasil pertanian ini, semua nak makan, jadi walaubagaimanapun kita tidak terlibatlah masalah yang dihadapi kerana manusia ni semua memerlukan makanan jadi kita bagi dan tidak terjejas," jelasnya. 

Kerajaan katanya akan memastikan sumber makanan dan hasil pertanian mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat.
 
Beliau menambah, misi FAMA adalah membantu memasarkan hasil pertanian dan makanan.

Fasiah menggesa petani dan pengeluar yang berdepan masalah memasarkan produk untuk berhubung dengan FAMA di kawasan masing-masing.
 
Terdahulu Fasiah mewakili Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyampaikan bantuan MAFI Prihatin berupa sayuran, buah dan produk industri makanan kepada Hospital Miri yang diwakili Pengarahnya, Dr Jack Wong. 

Bantuan diagihkan kepada 200 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di Hospital Miri. 

Selain petugas barisan hadapan, sumbangan juga diagihkan kepada rakyat yang terkesan dan memerlukan bantuan makanan.
 
"Kita sentiasa membekalkan makanan kalau diperlukan. Sekiranya ada rakyat menghadapi masalah tentang pengeluaran makanan, sayur-sayuran boleh berhubung kepada Pengarah FAMA Negeri," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sabak Bernam berkata, rakyat boleh berhubung dengan Ahli Parlimen di kawasan mereka yang telah diperuntukkan geran RM300,000 untuk membekalkan bantuan makanan. 

Program MAFI Prihatin yang dilancarkan pada Januari tahun ini telah diperkasakan dengan penglibatan swasta dan pemain industri sebagai rakan strategik.
 
Bantuan turut diberikan kepada mangsa banjir, bencana alam, badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan yang memerlukan. 

Sehingga 9 Oktober, bantuan memanfaatkan 38,874 orang di 206 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 84.61 tan metrik makanan telah disalurkan. 

Bagi FAMA Sarawak, seramai 1,511 orang telah menerima manfaat setelah dilaksanakan di 14 lokasi. 

Hadir sama Pengarah FAMA Sarawak Abdul Ja'afar Lian. 
 

  • oleh
  • Advertisement