Anda di sini

Padah miliki kontena besi curi, lelaki didenda 

Advertisement
 

MIRI: Gara-gara memiliki sebuah kontena besi curi, seorang lelaki didenda RM400 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Md. Syafique Md. Hilmie setelah Chai Siong Chek, 47, dari Merbau Estate di sini mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak).
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau denda RM500, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada memiliki sebuah kontena besi berwarna kuning dan berukuran 20 kaki panjang yang disyaki barang curi.
    
Ketika disoal-siasat lanjut polis, tertuduh telah gagal menjelaskan bagaimana dia memperolehi barang tersebut.
    
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 4.40 petang, 10 Julai tahun ini di hadapan sebuah rumah teres di Desa Senadin Fasa 5 di sini.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement