Anda di sini

Kes baharu Sabah turun kepada 691 kes

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sedikit penurunan membabitkan sebanyak 60 kes menjadikan kumulatif harian kes baharu COVID-19 hari ini sebanyak 691 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi manjun berkata, sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan kes, manakala 13 daerah lagi mencatatkan peningkatan.

Katanya, tidak ada daerah yang melebih 100 kes dan tujuh daerah mencatatkan kes baharu pada catatan satu angka sahaja.

"Bagi bandar-bandar utama di negeri ini seperti Kudat, Kota Kinabalu dan Tawau merekodkan peningkatan kes namun ia pada kadar satu angka saja dan bandar-bandar lain merekodkan penurunan kes.

"Antara daerah mencatatkan peningkatan kes yang ketara ialah Kota Marudu, Pitas, Ranau, dan Kunak.

"Daerah yang merekodkan penurunan kes yang ketara termasuklah Sandakan, Beaufort, Kota Belud, Putatan, Penampang, Lahad Datu, Tenom, dan Keningau," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kes yang didaftarkan dalam tempoh 24 jam lepas adalah sebanyak 466 kes atau 67.4 peratus daripada kumulatif harian dan selebihnya adalah kes-kes yang didaftarkan selepas dua hari keputusan diketahui.

Menurutnya, daripada jumlah kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini, 14.6 peratus adalah kategori satu dan 81.6 peratus adalah kategori dua.

Katanya, dua pesakit dari kategori tiga, manakala kategori empat dan lima masing-masing tiga pesakit. Sebanyak 18 kes masih dalam siasatan lanjut.

Dalam pada itu, pihaknya menggesa masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kendiri yang digariskan agar kawalan jangkitan baharu dapat dibendung sekalipun pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam dibuka bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
 

  • oleh
  • Advertisement