Anda di sini

'Ekpresi Tinta Wanita' tema sambutan Hari Wanita 2021 Sarawak

Advertisement
Fatimah (tengah) membincangkan sesuatu dengan Norita sambil disaksikan Harden sempena sidang akhbar mengenai sambutan HW21, hari ini.
Fatimah (tengah) membincangkan sesuatu dengan Norita sambil disaksikan Harden sempena sidang akhbar mengenai sambutan HW21, hari ini.

KUCHING: Sambutan Hari Wanita 2021 (HW21) Sarawak akan diadakan secara hidrid pada 23 November depan dengan tema ‘Ekpresi Tinta Wanita’.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga, Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdulah berkata sambutan hari wanita merupakan acara tahunan dan kemuncak dalam calendar Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JKWS).

Ia katanya sebagai satu hari untuk mengiktiraf, menghargai dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang.

“Selaras dengan dengan tahun ini, sebuah naskah terbitan JKWS akan dilancarkan pada 20 November 2021 bertajuk ‘Sarawak Women in Scholary Writing’.

“Sebelum ini kita mengadakan Hari Wanita dengan pelbagai tema dan menerbitkan buku berdasarkan tema sambutan Hari Wanita. Tahun ini tidak terkecuali,” katanya pada sidang media di Wisma Wanita, dekat sini hari ini.

Fatimah berkata majlis pelancaran buku ‘Women in Scholary Writing’ akan disempurnakan isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib pada 20 November 2021 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Manakala untuk sambutan HW21 tetamu kehormat ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

“HW21 akan berlangsung 23 November 2021 juga di BCCK. Majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.

“Bagi majlis ini kita perlu mengikut SOP (prosedur operasi standard), jadi bilangan yang hadir secara fizikal ialah 200 orang terdiri daripada menteri, menteri muda, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri, ketua –ketua jabatan, Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) dan pertubuhan wanita (pertubuhan bukan kerajaan),” katanya.

Sementara itu katanya sambutan HW21 akan turut disertai 40 daerah di seluruh Sarawak secara serentak melalui live streaming dan aplikasi Zoom.

Menurutnya, salah satu pengisian yang akan diadakan ialah Sesi Interaksi Ketua Menteri bersama Wanita@Daerah.

Hadir sama pada sidang media itu, Menteri Muda Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Francis Harden Hollis dan Pengarah JWKS Norita Bawi.
 

Advertisement