Anda di sini

Cubaan seludup keluar minyak masak bersubsidi gagal

Advertisement
 Semua minyak yang dirampas dibawa ke Markas PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.
RAMPASAN: Semua minyak yang dirampas dibawa ke Markas PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.

SEMPORNA: Cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi ke negara jiran gagal selepas berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM), di perairan Pulau Bum Bum, di sini kelmarin malam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata rampasan tersebut dilakukan kira-kira jam 8.45 malam.

“Semasa kejadian anggota PPM yang melaksanakan rondaan di lokasi tersebut mengesan sebuah bot pam yang sarat dengan muatan dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan, suspek bertindak nekad terjun laut dan berjaya meloloskan diri ke kawasan bakau,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan sebanyak 1,173 bungkus minyak masak plastik bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

“Semua minyak masak tersebut termasuk bot dan enjin yang dianggarkan bernilai RM 9,682.50 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Mohamad berkata, PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197,”katanya.

  • oleh
  • Advertisement