Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod 1,061 kes baharu, 23 kematian

Advertisement
 

KUCHING: Sebanyak 1,061 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini dengan 98.11 peratus atau 1,041 kes adalah kategori satu dan dua, manakala kategori tiga, empat dan lima merekodkan 20 kes atau 1.89 peratus.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata peratusan daripada jumlah kes baharu, 320 kes atau 30.16 peratus adalah kategori 1 (tiada gejala) sementara 721 kes (67.95 peratus) adalah kategori dua, manakala enam kes (0.57 peratus) kategori tiga (jangkitan paru-paru), enam kes (0.57 peratus) adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan lapan kes (0.75 peratus) adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Bagi pecahan kes, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 278 kes diikuti Miri (235) dan Sibu (155).

Daerah lain merekodkan kes harian dibawah 100 kes kecuali empat daerah iaitu Daro, Dalat, Telang Usan dan Tanjung Manis tiada merekodkan kes baharu.

Sarawak turut merekodkan 23 kematian dari 1 Oktober hingga 13 Oktober 2021.

Pada 1 Oktober dan 4 Oktober kematian direkodkan di Hospital Saratok dan Hospital Sri Aman yang kedua-duanya lelaki berusia masing-masing 83 tahun dan 74 tahun.

Pada 8 Oktober empat kematian direkodkan iaitu di Hospital Bintulu, Hospital Saratok dan dua di Hospital Simunjan yang melibatkan mereka berusia antara 27 dan 80 tahun.

Pada 10 Oktober lima kematian direkodkan yang direkodkan di Hospital Sibu, Bintulu, Lawas dan dua Sri Aman melibatkan mereka berusia antara 52 hingga 84 tahun.

Kematian pada 11 Oktober antara yang tertinggi dengan sembilan kes kematian direkodkan iaitu di empat di Hospital Sibu, Bintulu, Simunjan, Serian, Sri Aman dan Lundu masing-masing satu kematian.

Jawatankuasa berkata pada 12 Oktober dua kematian direkodkan iaitu di Hospital Bintulu dan Miri melibatkan dua lelaki berusia 81 dan 62 tahun.

Kes kematian pada 13 Oktober direkodkan di Hospital Umum Sarawak melibatkan wanita berusia 62 tahun.

Sementara itu tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini dan tiga lagi ditamatkan iaitu Kluster Sega, Bau; Kluster Andi Liam, Beluru dan Kluster Sebobok, Bau selepas tiada kes dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 thari lepas melibatkan kluster ini.

  • oleh
  • Advertisement