Anda di sini

ADUN Liawan turun padang tinjau projek pembangunan di kawasan

Advertisement
 Annuar (dua kiri) bersama rombongan mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan projek-projek pembangunan di kawasan.
TINJAU: Annuar (dua kiri) bersama rombongan mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan projek-projek pembangunan di kawasan.



KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau beberapa projek pembangunan yang telah siap di kawasannya baru-baru ini.


Sempena lawatan itu juga, Annuar turut meluangkan masa beramah mesra sambil berinteraksi dengan penduduk.


Antara kampung yang dilawati ialah gerai jualan kampung dan stor penyimpanan barang-barang kampung di kampung Bayangan yang dibina melalui peruntukan khas pembangunan Parlimen Keningau yang disalurkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.


Pada kesempatan itu Annuar yang ditemani oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Fredrick Philip Toyong, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Adzra RM Jasni dan staf UPPM Liawan berkesempatan menjamu selera ‘burger’ di pondok Purakagis di hujung kampung berkenaan sambil beramah mesra dengan penduduk kampung.  


Mengenai permohonan solar yang dipohon oleh Pengerusi JPKK, Annuar berkata perkara itu akan diusahakan dalam masa terdekat.


Seterusnya Annuar yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporation (SRC), turut melawat projek pembinaan tandas dan stor tanah perkuburan kampung Keningau yang melibatkan empat buah kampung iaitu kampung Kali, Samalang, Kampung Ulu Keningau dan Kg Keningau.


Turut dilawati Annuar, pembinaan anjung dewan Kg Tanah Merah yang telah siap dilaksanakan melalui peruntukan ADUN.


“Semoga pembinaan ini dapat memberikan kemudahan dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan”, tambah Annuar.


Dalam masa yang sama Annuar turut merasmikan program kibar jalur gemilang peringkat kampung Tudan Baru.


Menyentuh mengenai penganjuran program tersebut Annuar berharap program seumpama itu dapat diperbanyakkan bagi mengekalkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat setempat.


Annuar kemudiannya turut melawat projek penyelenggaraan balai raya Kg Samalang yang sebelum ini keadaan lantai dewan berkenaan tidak rata dan kini telah dibaiki manakala sistem perparitan yang melalui kawasan tengah dewan juga telah ditutup.

 
Bumbung dewan yang bocor juga telah dibaiki termasuk mengecat semula bangunan yang kelihatan usang sementara kerja-kerja membaiki pendawaian akan dilakukan sekali.


“Kita juga usahakan meja pimpong bagi aktiviti belia kawasan berkenaan akan diusahakan,” kata Annuar.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK), kampung Toboh Baru, Ronanus Roy Martin ketika ditemui berkata masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan seharusnya berasa bersyukur mempunyai wakil rakyat yang dedikasi dan gigih untuk turun padang bagi mengetahui lebih dekat permasalahan rakyat serta menyelami dan merasai denyut keperitan rakyat.


“Dalam usia masih muda dan penuh bertenaga serta mudah mesra dan senang  untuk di hubungi, saya yakin nasib penduduk di DUN Liawan ini mendapat pembelaan  sewajar nya dari Annuar,” kata Ronanus ketika diminta mengulas gerak kerja Annuar bersama  staf Unit Perhubungan Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Fredrick Philip Toyong.

  • oleh
  • Advertisement