Anda di sini

Sabah benarkan rentas daerah mulai esok, rentas negeri 1 Nov

Advertisement
HAJIJI
HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan rentas daerah di Sabah dibenarkan bermula esok (14 Oktober) dan rentas negeri bermula 1 November depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 oleh Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) yang melebihi 70 peratus.

Katanya, kebenaran rentas daerah melibatkan syarat individu yang lengkap divaksin, remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang lengkap divaksin.

Menurutnya, bagi rentas negeri, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan dibenarkan dengan syarat individu yang lengkap divaksin, dan perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag sama ada calitan di hidung atau air liur dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

Selain itu katanya, remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang lengkap divaksin turut dibenarkan untuk rentas negeri.

Advertisement