Anda di sini

RON97 naik 10 sen, harga RON95 dan diesel tidak berubah

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 10 sen seliter kepada RM2.87 mulai esok (14 Okt) hingga 20 Oktober, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini kementerian itu memaklumkan bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 hingga 20 Oktober.

Menurut kementerian itu ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran APM bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling semasa," menurut kenyataan itu.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama 

Advertisement