Anda di sini

Dua ditahan lepak ambil dadah di tepi sungai

Advertisement
Lokasi kedua-dua suspek ditangkap
Lokasi kedua-dua suspek ditangkap

BAU: Dua lelaki ditangkap ketika melepak dipercayai sambil mengambil dadah di tepi sungai di Kampung Bogag, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata satu serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Bau pada jam 11.15 pagi.

Menurutnya, hasil serbuan telah menahan dua lelaki selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.38 gram.

"Pemeriksaan ke atas badan kedua-dua suspek tidak menemui sebarang barang berbahaya, namun pasukan serbuan menemui satu peket plastik kecil berisi ketulan kristal disyaki syabu di atas meja tempat mereka lepak.

"Hasil saringan air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kedua-dua membeli dadah melalui seorang rakan.

"Kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan aktiviti dadah selama dua tahun tanpa diketahui oleh pihak keluarga. 

"Pengaruh rakan adalah salah satu faktor mereka terjebak dengan dadah," katanya.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

  • oleh
  • Advertisement