Anda di sini

Sarawak teruskan bantuan BKSS 8.0 bernilai RM285.47 juta tahun 2022

Advertisement
Abang Johari (tengah) bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar semasa tiba untuk Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di sini, hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan
Abang Johari (tengah) bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar semasa tiba untuk Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di sini, hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

KUCHING: Kerajaan negeri akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 untuk tahun hadapan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

"Bagi tahun 2022, pentadbiran saya telah memutuskan untuk meneruskan beberapa inisiatif utama di bawah BKSS 8.0 bernilai RM285.47 juta merangkumi enam bulan pertama tahun depan serta bantuan kewangan sekali beri (one-off).

"Selain itu termasuk juga diskaun bil elektrik yang bernilai RM166.8 juta memberi manfaat kepada 647,000 penerima, diskaun bil air yang bernilai RM24.0 juta memberi manfaat kepada 646,131 penerima.

"Sementara itu, 50 peratus diskaun sewa HDC bernilai RM2.6 juta memberi manfaat kepada 3,200 penyewa dan pengecualian sewa kepada PKS (perusaha kecil dan sederhana) di sektor runcit yang beroperasi di premis milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai RM2.0 juta," katanya pada sidang media.

Abang Johari turut memberitahu di bawah BKSS 8.0 antara inisiatif yang turut diteruskan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan berjumlah RM1.7 juta yang memberi manfaat kepada 10,165 penyewa.

Di bawah BKSS 8.0 juga insentif sekali beri bernilai RM500 kepada 1,752 pemilik dan pengusaha tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, pengusaha van dan bas skeolah di Sarawak yang berjumlah RM0.87 juta.

Turut diteruskan juga geran khas sekali beri sebanyak RM1,000 kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil melalui Sarawak Pay berjumlah RM87.5 juta, ujarnya.

Menurut beliau kerajaan negeri telah mengambil langkah sokongan kewangan langsung dan tidak langsung yang belum pernah berlaku sebelumnya melalui BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 pada tahun 2020 dan 2021 bernilai RM5.3 bilion.
 
Katanya ia melibatkan lebih daripada 30 langkah yang telah dilaksanakan.

"Sejak dulu, menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri untuk melindungi kesihatan rakyat dan menghidupkan kembali ekonomi di ketika kesan buruk melanda akibat wabak COVID-19," katanya.

  • oleh
  • Advertisement