Anda di sini

Lima bangunan kedai di Pekan Kimanis roboh

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar bangunan kedai yang roboh disebabkan angin kencang.
PERIKSA: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar bangunan kedai yang roboh disebabkan angin kencang.

PAPAR: Lima bangunan kedai di Pekan Kimanis di sini roboh selepas dilanda angin kencang di sini subuh semalam.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Anuar Bahrin berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian jam 6.51 pagi.

“Bertindak dengan panggilan, seramai enam pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis termasuk dua Pegawai Bomba Bantuan (PBB) digerakkan ke lokasi sejauh tiga kilometer dari jarak balai.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati lima buah bangunan kedai yang dianggarkan seluas 100X60 kaki persegi roboh disebabkan angin kencang yang melanda sekitar subuh.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan operasi pembersihan dan menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca bahaya lain yang berlaku,” katanya.

Menurutnya tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.33 pagi.

  • oleh
  • Advertisement