Anda di sini

Korea Selatan sumbang vaksin COVID-19 kepada Vietnam, Thailand

Advertisement
 

SEOUL: Korea Selatan akan menyumbangkan vaksin COVID-19 kepada Vietnam dan Thailand, menurut kementerian Luar Seoul pada Selasa.

Xinhua melaporkan Korea Selatan akan menyumbangkan 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca kepada Vietnam dan 470,000 dos untuk Thailand. Penghantaran dijadual tiba pada Rabu.

Menurut kementerian sumbangan itu sebagai tanda sokongan Korea Selatan dalam usaha global untuk memerangi pandemik COVID-19.

Sumbangan itu juga berdasarkan pertimbangan permintaan vaksin, keselamatan warga Korea Selatan yang tinggal di negara asing dan situasi COVID-19.

Sehingga kini 77.9 peratus penduduk Korea Selatan sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 59.6 peratus lagi sudah lengkap dua dos. - BERNAMA

Advertisement