Anda di sini

Kes baharu di Sabah naik kepada 707 kes

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi hari ini sebanyak 707 kes iaitu pertambahan sebanyak 175 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak 19 daerah mencatatkan peningkatan kes dan hanya lapan daerah mencatatkan penurunan kes.

Katanya, terdapat 10 daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang signifikan iaitu Kudat, Pitas, Lahad Datu, Putatan, Kota Marudu, Tawau, Beaufort, Keningau, Kalabakan, dan Kota Belud.

Menurutnya, antara daerah yang mencatatkan penurunan kes termasuklah Kota Kinabalu, Tenom dan Ranau.

"Walaupun jumlah kes kumulatif adalah 707 kes, tetapi dengan mengambil kira keputusan saringan yang lewat didaftar dua hari ke atas, jumlah kes sebenar yang berlaku dalam masa 24 jam lepas hanyalah 460 kes atau 65.06 peratus daripada jumlah kes kumulatif.

"Daripada jumlah kes jangkitan baharu yang direkodkan, 9.62 peratus adalah kategori satu dan 86.14 peratus kategori dua," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah pesakit kategori tiga adalah lima orang, tiga orang masing-masing bagi kategori empat dan lima, manakala sebanyak 19 kes masih dalam siasatan lanjut.

Masidi berkata, tiada kluster baharu direkodkan semalam dan Kota Belud merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 63 kes, diikuti Kota Kinabalu 55 kes, Kudat 52 kes, Keningau 51 kes, Lahad Datu 45 kes, Putatan 43 kes, dan Ranau 41 kes.
 

Advertisement