Anda di sini

Sabah terus catat penurunan kes COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mengekalkan trend penurunan dibawah paras 600 kes baharu COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini ialah sebanyak 532 kes.

"Tidak ada daerah yang mencatatkan angka jangkitan baharu melebihi tiga angka. Malahan hanya daerah Ranau dan Tambunan sahaja yang mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka.

"Beberapa daerah lain menunjukkan penurunan kes yang agak signifikan iaitu Pitas 25 kes, Beluran 19 kes, Beaufort 14 kes, Papar 12 kes dan Lahad Datu 12 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 33.27 peratus daripada jumlah jangkitan semalam adalah melalui saringan bergejala. Ia menunjukkan kes-kes sporadik penentu besar kepada turun naiknya jumlah kes harian di Sabah.

Katanya, jumlah kes secara kumulatif pada hari ini ialah 532 kes, namun kalau ditolak kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih, jumlah sebenar kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas hanyalah 270 kes.

"Daripada jumlah kes jangkitan baharu itu, 20.86 peratus adalah daripada Kategori 1 dan 75.56 peratus adalah daripada Kategori 2. 

"Terdapat 11 kes yang memerlukan rawatan dan penjagaan di hospital, empat kes dalam Kategori 3, lima kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5. Lapan kes lagi masih dalam penilaian dan siasatan lanjut," katanya.

  • oleh
  • Advertisement