Anda di sini

Murid, pelajar hadir terima vaksin COVID-19

Advertisement
 Pelajar serta murid yang hadir bersama penjaga bagi mendapatkan vaksin COVID-19.
RAMAI: Pelajar serta murid yang hadir bersama penjaga bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

RANAU: Murid Sekolah Kebangsaan serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan merupakan majoriti penduduk menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau, hari ini.

Seramai 377 pelajar serta murid dari kedua-dua buah sekolah itu hadir menunaikan tanggungjawab menerima suntikan vaksin dos kedua dan pertama sebagai perlindungan kepada diri serta keluarga.

Mereka yang berumur 12 sehingga 17 tahun adalah digalakkan menerima suntikan vaksin lengkap dua dos sebelum hadir ke sekolah secara bersemuka dengan guru-guru.

Pelajar Tingkatan 5, SMK Mat Salleh Ranau, Nurul@ Kakak Hamdun dari Kampung Paka Dua berkata, suntikan vaksin lengkap dua dos penting untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Akdan Raid Asmin juga pelajar dari sekolah yang sama berkata, lengkap vaksinasi penting agar mampu menjalani persekolahan secara bersemuka yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Kita mempunyai tanggungjawab dan berperanan penting menerima vaksin sebagai perisai diri daripada jangkitan COVID-19," katanya.

Dia mengajak rakannya yang lain agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuklah mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, basuh tangan dengan pembasmi kuman dan tidak mengunjungi kawasan sesak orang.

"Ini semua harus kita patuhi sama ada berada di kawasan awam atau di sekolah," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement