Anda di sini

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM32.01 bilion daripada RM38.55 bilion pagi ini, sementara dana Islam, jatuh kepada RM21.82 bilion daripada RM27.07 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional, tender repo, tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA), dan tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM20.8 bilion daripada RM19.1 bilion.

Pada 4 petang, BNM mengadakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM32 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM20.8 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

Kadar faedah semalaman Islam purata ialah pada 1.72 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus, dan 1.85 peratus. - BERNAMA

Advertisement