Anda di sini

Saingan sengit jika letak harga lantai komiditi lada 

Advertisement
 

KUCHING: Pekebun lada di Malaysia akan berdepan dengan saingan sengit dari negara lain khususnya Vietnam jika meletakkan harga lantai bagi komiditi lada. 

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin (gambar) berkata Malaysia belum berkemampuan untuk bersaing dengan negara pengeluar lada seperti Vietnam. 

“Di peringkat antarabangsa kita ada Komuniti Lada Antarabangsa (IPC) dan dalam IPC dan antara negara terlibat Vietnam, India, Indonesia kecuali Brazil. 

“Dalam IPC ini negara kita tidak boleh meletakkan harga lantai kerana sekiranya kita letak harga lantai ia akan memberi saingan sengit dengan negara lain dimana kita belum ada kemampuan untuk bersaing. 

“Sebab kalau kita letak harga lantai RM10 misalnya, di Vietnam meraka ada stok yang besar dan mereka mampu jual di paras bawah RM10 dan kita tidak dapat bersaing dengan mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pemantapan sistem aplikasi Lembaga Lada Malaysia di Bilik Mesyuarat Lada Malaysia Sarawak di sini hari ini. 

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Lada Malaysia Jenny George dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Lada Malaysia Vincent Sawat. 

Atas sebab itu, Willie menyarankan Lembaga Lada Malaysia supaya pekebun lada di negara ini menjadi lebih berdaya saing dengan mengeluarkan dan mengeksport lada berkualiti tinggi. 

Mengenai harga pasaran semasa lada, Willie berkata harga lada pada masa ini meningkat antara RM17 hingga RM18 sekilo bagi lada hitam dan RM28.50 sekilo bagi lada putih berbanding ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya RM4 hingg RM5 sekilo bagi lada hitam. 

Berdasarkan harga pasaran semasa lada ketika ini, pekebun berada di tahap menguntungkan mengambil kira kos pengeluaran secara purata RM10.20 sekilo. 

“Memang dahulu apabila harga rendah kurang daripada RM10.20 sekilo kita akui mereka ini mempunyai kerugian untuk mengusahakan kebun mereka. 

“Tetapi pada ketika itu kerajaan juga menyediakan bantuan Prihatin Nasional dimana kerajaan memberi input pertanian secara percuma dan juga baucer untuk bantu kurangkan kadar kerugian pekebun. 

“Tetapi berdasarkan harga sekarang mereka untung dalam RM8 untuk lada hitam dan RM18 untuk lada putih,” katanya. 
 

  • oleh
  • Advertisement