Anda di sini

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan  campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM39.43 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.04 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan empat tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tiga tender bernilai RM1 bilion masing-masing untuk tempoh tujuh, 14 dan 31 hari, dan tender RM200 juta selama 61 hari.

Ia juga akan mengendalikan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM5 bilion selama tujuh hingga 31 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM35.2 bilion dan RM18.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA
 

Advertisement