Anda di sini

Pukul kekasih di restoran, lelaki ditahan

Advertisement
 


 
KUCHING: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul teman wanitanya di sebuah restoran di Pending, di sini, pada Rabu.

Kejadian terbabit yang ditularkan di media sosial pada 6 Oktober dapat dilihat melalui rakaman video berdurasi 20 saat, dipercayai dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoren yang seterusnya dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah (gambar) berkata, video tersebut tular di laman sosial sejak semalam (6 Oktober) dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial Facebook.

“Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat dan seorang suspek lelaki dalam video tular tersebut telah dikenal pasti. 

“Suspek juga telah ditahan oleh pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah untuk siasatan lanjut,” ujranya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ahsmon juga, siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku disebabkan salah faham antara pasangan kekasih tersebut yang berumur dalam lingkungan 30an. 

Mangsa bagaimanapun katanya, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 323 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement