Anda di sini

FEPO rancakkan pasaran minyak kelapa sawit Sabah Dan Sarawak

Advertisement
(Dari kiri) Datuk Muhamad Umar Swift, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif BMD, Samuel Ho pada majlis pelancaran FEPO secara maya baru-baru ini.
(Dari kiri) Datuk Muhamad Umar Swift, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif BMD, Samuel Ho pada majlis pelancaran FEPO secara maya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Derivatives Berhad (Bursa Malaysia Derivatives) telah melancarkan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia Timur (FEPO) yang akan menawarkan ketelusan harga yang lebih nyata dan menjadi alat pengurusan risiko alternatif kepada penggiat industri minyak sawit di Sabah dan Sarawak

Pengerusi Bursa Malaysia Derivatives dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, kontrak FEPO menawarkan peluang-peluang arbitraj yang bernilai tinggi dengan Kontrak Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) yang aktif didagangkan oleh kerana perbezaan harga di antara minyak sawit mentah Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur

“Sabah dan Sarawak menyumbang sebanyak 45 peratus daripada pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia,”

“Oleh sebab pengeluaran Minyak Sawit Mentah bagi pasaran Sabah dan Sarawak merangkumi hampir separuh dari pengeluaran Minyak Sawit Mentah negara, kami telah mengenal pasti keperluan untuk menyediakan mekanisme lindung nilai khas untuk peserta pasaran minyak sawit Malaysia Timur,”

“Menerusi kemudahan pelabuhan yang diluluskan di Sabah dan Sarawak khasnya di Bintulu, Lahad Datu, dan Sandakan akan mengurangkan kos-kos logistik serahan fizikal dan memanfaatkan pemain pasaran huluan dan hiliran di Malaysia Timur,”katanya  berucap pada majlis pelancaran FEPO secara maya Isnin lalu. 

Pelancaran FEFO secara maya telah disempurnakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg.

Tambah Muhamad Umar, kontrak FEPO juga dijangka akan menarik minat pelabur antarabangsa khususnya peniaga-peniaga komoditi Pasaran Sawit Olein China di Pasaran Komoditi Dalian, untuk membolehkan mereka melabur di kedua–dua pasaran serentak.

“Tambahan pula, dengan adanya waktu dagangan yang diserasikan dengan RBD Palm Olien di Pasaran Komoditi Dalian pada 9:00 pagi, kontrak FEPO akan menarik minat meja komoditi termasuk peniaga–peniaga minyak laurik dan penimbangpenimbang tara yang mecari peluang arbitraj di kedua–dua pasaran,” katanya.

Pengenalan kontrak baharu FEPO ini akan mengukuhkan penawaran kompleks produk sawit Bursa Malaysia Derivatives dan menguatkan kedudukan Malaysia sebagai pusat global bagi penemuan harga minyak sawit. 

Bursa Malaysia Derivatives komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama untuk membina pasaran-pasaran yang menarik untuk semua pelanggan di seluruh dunia.

FEPO buka peluang kerja utuk penduduk tempatan

Pada tahun 2020, pemasangan tangki pelabuhan Bursa di Semenanjung Malaysia telah mengendalikan 670,125 tan metrik Minyak Sawit Mentah melalui serahan fizikal FCPO yang telah menjana nilai ekonomi untuk pelbagai perniagaan. 

Sehubungan itu, penyertaan lebih banyak pemasangan tangki pelabuhan untuk FEPO dijangka akan menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan nilai ekonomi yang lebih tinggi untuk perniagaan berkaitan minyak sawit di Sabah dan Sarawak.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin, berkata Pelaksanaan FEPO ini tepat pada masanya kerana kedua-dua negeri itu menjadi penyumbang utama kepada pengeluaran minyak sawit mentah.

“Pelaksanaan FEPO ini akan akan membantu meningkatkan pembangunan ekonomi, sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah dan Sarawak,”

“Pada masa sama, ia akan membantu mengembangkan industri minyak sawit di Sabah dan Sarawak,”katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Sabah kini adalah negeri pengeluar minyak sawit terbesar yang menguasai 24 peratus pengeluaran untuk pasaran nasional.

“Melalui FEPO diharapkan dapat mencipta lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan disetiap rantaian bekalan industri kelapa sawit, seperti pengangkutan, kemudahan penyimpanan, kualiti penyelidikan dan aktiviti hiliran yang lain,”katanya.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, memandangkan Sarawak merupakan negeri kedua pengeluar minyak sawit MSM, FEPO akan memberi mekanisme penemuan harga yang lebih baik dan pilihan untuk penghantaran fizikal di Sarawak dan Sabah.

“Pada masa sama, Bintulu mempunyai kemudahan pemasangan pukal minyak sawit terbesar di Sarawak, dan menjadi pusat eksport utama untuk produk minyak makan, Bintulu mengendalikan 92 peratus daripada eksport minyak sawit Sarawak.

“Mempunyai lima kilang penapisan utama dan jeti minyak sawit yang khusus, Bintulu merupakan satu daripada Kluster Perindustrian Minyak Sawit (POIC) terbesar di Sarawak,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement