Anda di sini

Rachel gadis Sarawak harumkan nama Malaysia di persada dunia

Advertisement
 Rachel
Rachel

KUCHING: Rachel Chicano Willie, seorang pelajar mengharumkan nama Sarawak khasnya dan Malaysia amnya apabila gadis berusia 17 tahun itu dinobatkan juara 'Feel Alive' Cover Contest Finale.

Beliau berjaya menewaskan peserta lain dari beberapa buah negara seperti Malaysia, Croatia, United Kingdom, Indonesia, Singapura, India dan Oman.

Kemenangan itu menyaksikan Rachel memenangi hadiah wang tunai RM1,000 atau USD250.

Penyanyi dari seluruh dunia menghantar ciptaan masing-masing sepanjang 60 saat (satu minit) yang menyanyikan semula lagu terkenal penyanyi juga penulis lagu antarabangsa, Heerra, ‘Feel Alive’ sejak dua bulan lalu.

Pertandingan Lagu ‘Cover’  itu dianjurkan pergerakan belia antarabangsa, Ascendance, untuk menggalakkan mereka yang meminati seni mengetengahkan bakat masing-masing.

Pertandingan itu turut menarik penyertaan peserta termuda iaitu 7 tahun.
“Bagi saya, setiap peserta adalah pemenang hari ini. Anda telah mengambil langkah pertama untuk mencapai impian. Lagu ‘cover ‘ anda telah memberi inspirasi kepada orang di sekeliling anda. 
“Saya sangat bersyukur kerana bersama-sama kita mengubah dunia dengan muzik, ”kata , Heerraa, penyanyi Malaysia berusia 22 tahun, pada acara akhir Livestream.

Lagu “Feel Alive” baru-baru ini memenangi Female Single of the Year (Gold) di International Singer-Songwriters Association Awards 2021 di Amerika Syarikat.
Heerraa merupakan rakyat Malaysia pertama memenangi anugerah berprestij itu. Lagu tersebut telah mendapat sokongan berterusan dan sering dimainkan oleh stesen radio No. #1 radio station, Hitz serta beberapa stesen radio di Scotland, AS, Australia dan Sepanyol.

  • oleh
  • Advertisement