Anda di sini

11 bangkai penyu hijau ditinggalkan di perairan Patau-Patau

Advertisement
 Bangkai penyu hijau yang dibiarkan mereput merata-rata di perairan Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum, Semporna semalam.
KEJAM: Bangkai penyu hijau yang dibiarkan mereput merata-rata di perairan Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum, Semporna semalam.

KOTA KINABALU: 11 bangkai penyu hijau yang sudah dilapah ditemukan merata-rata selepas dipercayai ditinggalkan pihak tidak bertanggungjawab di perairan Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum, Semporna semalam.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata pihaknya juga menemukan isi penyu di dalam karung dalam Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan bersama Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan kira-kira jam 6 pagi.

“Hasil pemeriksaan di sekitar lokasi menemukan 11 bangkai pemyu hijau yang dibiarkan mereput di sekitar kawasan berkenaan.

“Siasatan awal di lokasi juga menemukan sebatang kait dipercayai digunakan untuk menangkap penyu.

“Pasukan serbuan turut menemukan dua karung berisi isi penyu yang sudah dimasak serta peralatan memasak,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pemeriksaan di sekitar lokasi tidak menemui suspek yang dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan.

Katanya kesemua penemuan termasuk peralatan memasak dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM8,200 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement