Anda di sini

Lelaki maut terperangkap dalam kebakaran

Advertisement
 Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa dari tempat mangsa ditemukan. Gambar ihsan JBPM Sabah
MAUT: Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa dari tempat mangsa ditemukan. Gambar ihsan JBPM Sabah

BONGAWAN: Seorang lelaki maut dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Nyaris-Nyaris di sini awal pagi tadi.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman Abu, 38, ditemukan berada di dalam bilik mandi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Mohd Johainin Ruslan ketika dihubungi Utusan Borneo berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi.

Katanya, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, keadaan rumah terbabit musnah terbakar hampir 90 peratus. 

Menurutnya, anggota bomba menemukan mangsa di tingkat atas di bilik mandi dalam bilik utama rumah terbabit.

Katanya, ibu mangsa memaklumkan, mangsa yang masih bujang tinggal sendirian di rumah berkenaan.

"Hasil siasatan awal bahagian forensik bomba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terperangkap sebelum sempat menyelamatkan diri.

"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan sekitar jam 6.30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, selain rumah mangsa, turut terbakar sebuah kenderaan membabitkan 30 peratus kerosakan akibat kebakaran.

Katanya, api terkawal pada jam 3.48 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 5.30 pagi.
 

  • oleh
  • Advertisement