Anda di sini

Utamakan tuntutan demi kemajuan Sabah

Advertisement
ALIAKBAR
ALIAKBAR

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyokong penuh sebarang tuntutan berkaitan kemajuan negeri Sabah.

Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, beliau merujuk secara khusus kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sebahagian yang sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia mesti direalisasikan sepenuhnya.

"Jika ada perkara-perkara lain berkaitan hak Sabah yang perlu diselesaikan, pihak Persekutuan sepatutnya menyelesaikan segera.

"Secara fizikal kita melihat Sabah masih jauh ketinggalan dari pelbagai aspek khususnya infrastruktur," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, memandangkan konsep federalisme yang diamalkan, Sabah tidak sepatutnya ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, lebih-lebih lagi dari segi pembahagian kekayaan negara.

"Saya masih ingat kata-kata Presiden PAS pada tahun 2013 semasa Program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu. 

"Beliau mengatakan dari segi keadilan, sepatutnya kekayaan Sabah digunakan sepenuhnya untuk kemajuan dan pembangunan negeri sebelum diserahkan kepada pusat," katanya.

Katanya, ini kerana Sabah masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya, kerajaan persekutuan perlu menyelesaikan perkara seumpama secepat mungkin.

"Sabah sangat memerlukan belanjawan yang besar bagi mencapai hasrat Sabah Maju Jaya yang menjadi misi besar kerajaan negeri,"katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement