Anda di sini

Tiga pengedar dadah tumpas, khayal ketika ditangkap

Advertisement
Lokasi tempat ketiga-tiga suspek ditangkap.
Lokasi tempat ketiga-tiga suspek ditangkap.

BAU: Tiga lelaki warga temptan diberkas polis ketika masih khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah dalam satu serbuan di Kampung Nowang Batu 5, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata ketiga-tiga suspek berusia 22, 32 dan 42 tahun masing-masing berasal dari Kampung Grogo, Nowang dan Stenggang.

Menurutnya, kesemua suspek tidak menyedari kehadiran polis semasa serbuan dilakukan pada jam 10.15 pagi.

"Hasil pemeriksaan, suspek yang berusia 22 tahun dalam keadaan gementar telah menyerahkan  satu plastik lutsinar  berisi enam peket plastik lutsinar dari dalam beg sandangnya.

"Hasil semakan mendapati enam peket plastik tersebut berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya dengan berat kasar 30.81 gram," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut kemudian dijalankan terhadap dua lagi suspek dan  menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi dadah seberat 1.18 gram di atas meja tempat kedua-dua mereka berada. 

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek  telah bergiat aktif dalam aktiviti dadah yang diperolehi daripada rakan kemudian sebahagiannya untuk dijual. 

"Dadah yang dirampas adalah sebahagian yang belum digunakan dan dijual," kata Poge.

Dedahnya juga, kegiatan suspek  telah dikesan hasil maklumat orang ramai.

"Diharapkan dengan tangkapan ini dapat memutuskan suspek daripada mempengaruhi remaja lain terlibat dalam gejala dadah," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 

  • oleh
  • Advertisement