Anda di sini

Shangri-La Rasa Ria, Borneo Trails tawar perkhidmatan gelembung perjalanan mini

Advertisement
 Kedamaian yang dinikmati oleh pelanggan semasa bercuti di Shangri-La Rasa Ria.
DAMAI: Kedamaian yang dinikmati oleh pelanggan semasa bercuti di Shangri-La Rasa Ria.

KOTA KINABALU: Selepas beberapa ketika rakyat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah, Shangri-La Rasa Ria dengan kerjasama Borneo Trails memberi peluang penduduk merasai percutian hebat dengan menawarkan perkhidmatan gelembung perjalanan mini.

Pengurus Besar Fiona Hagan berkata perkhidmatan pengangkutan ini dapat dinikmati melalui perjalanan pergi dan balik secara langsung dari rumah ke Shangri-La Rasa Ria Resort di sini melalui Borneo Trails.

“Perkhidmatan ini tersedia kepada semua pelanggan yang sudah lengkap menerima vaksin dan menikmati perkhidmatan pengangkutan gelembung perjalanan mini dari rumah ke resort berikutan Sabah masih melaksanakan sekatan pergerakan merentas daerah di  Sabah.

“Pelanggan boleh mula menikmati perkhidmatan ini bermula 24 September dan pelanggan di sekitar Kota Kinabalu boleh mendapatkan perkhidmatan pengangkutan peribadi dari pintu ke pintu melalui Borneo Trails bagaimanapun Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipatuhi setiap masa,” katanya.

Katanya perkhidmatan pengangkutan ini disediakan khas kepada kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga yang sama sahaja dan akan beroperasi setiap hari.

“Kenderaan yang digunakan oleh Borneo Trails akan dipastikan dibersihkan serta disanitasi sepenuhnya bagi setiap perjalanan dalam memastikan tiada penularan serta jangkitan kepada pelanggan.

“Perkhidmatan gelembung perjalanan mini ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati percutian dalam masa sama patuh terhadap SOP yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata pelanggan yang ingin melanggan perkhidmatan pengangkutan ini diminta membuat tempahan 48 jam lebih awal sebelum tarikh perjalanan selain perlu memberi pengesahan tempahan resort.

“Bagi memenuhi syarat perkhidmatan gelembung perjalanan mini, pelanggan perlu menempah dua bilik atau satu bilik untuk minimum dua malam di Shangri-La Rasa Ria selain bayaran pengangkutan turut dikenakan.  

“Kesihatan dan kesejahteraan para pelanggan dan rakan sekerja menjadi keutamaan kami. SOP yang ditetapkan oleh kerajaan turut disokong melalui inisiatif Shangri-La Cares,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement